Make your own free website on Tripod.com

 

KATA-KATA ALUAN DARI PENGETUA
ASSALAMUALAIKUM WBR & SELAMAT SEJAHTERA
Terlebih dahulu marilah kita sama-sama melafazkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah izinNya dan rahmatNya kita bertemu pertama kali dalam Laman Web bagi sekolah-sekolah Menengah Negeri Melaka.
Kita hidup dalam teknologi maklumat ini akan merasa arus perubahan mental dan cara pendididkan yang lebih mencabar dalam era globalisasi ini. Untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi, kita hendaklah lebih maju dalam menjana anak didik untuk menyediakan mereka dalam pasaran pekerjaan.
Kaum pendidik akan lebih bersedia dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan menggunakan teknologi maklumat. Guru hendaklah melengkapkan diri untuk menghadapi tahun 2000. Kita perlu menghasilkan pelajar yang "knowledgable" untuk membolehkan mereka ke Institut Pengajian Tinggi dan pasaran pekerjaan demi pembangunan negara.
Sebagai seorang pelajar pula, kita dituntut untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran dalam usaha mewujudkan generasi bistari dalam dekad mendatang. Dalam zaman ledakan maklumat ini, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam menguasai ilmu melalui teknologi maklumat amat diperlukan. Untuk menguasai ilmu di zaman ini, kita memerlukan pelbagai kemahiran, khususnya penggunaan komputer dan peralatan multi-media.
Kita berharap, ibubapa dan guru-guru turut serta dan memainkan peranan masing-masing ke arah pencapaian matlamat ini. Selain dari itu, pembentukan disiplin dan kebersihan diri mesti diberi perhatian agar pembangunan negara membawa peningkatan kualiti hidup yang sebenarnya.
Sesungguhnya kecermelangan bangsa menagih banyak pengorbanan dan kesungguhan usaha. Oleh itu, pada semualah ditumpahkan segala harapan untuk merealisasikan kecemerlangan bangsa Malaysia sebagai warga sebuah negara maju !
 
Sekian, terima kasih.
Dari,
Puan Hajjah Maimon Binti Abdul
PENGETUA
Sek. Men. Keb. Sultan Alauddin
78300 Masjid Tanah,
Melaka.